anak paderi memeluk agama islam(mesti baca)
Kisah Farhan (Kisah PerjalanannyaMasuk Islam)
Nama saya Farhan BinAbdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristianialah Johanis.Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapasayaseorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah .Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kamimendapat sokongan penuh kerajaan negeri.Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunyaprogram khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wangtunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantuorang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka danbantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duitsecara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan bukusekolah dsn.Dengan cara ini kami mendekati mereka.Hasilnya dengan beberapa kalikunjungan susulan,kami Berjaya mengkristiankan mereka. Palingberbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalanganintelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yangdimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialampersekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambilm/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapahinanya m/pelajaran ini standing dengan lukisan). Saya mendapat A-3.
Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terusambil pelajaran Agama Islam.Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkanagama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidakmampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatanEnam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (sayapanggil > cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa taksesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu..."Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustazitu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atasnama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". sayakemukakan beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islamsembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi,Kristian dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, NabiIsa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dankekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.Mengapa dalam sejarah dan hingga kiniorang Islam sukapeperangan.Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yangasalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan sayadan kawan -kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1dalam 3 -konsep ketuhanan Jesus. Saya mengatur pertemuan ustaz sayadengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi merekaenggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawabpersoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disampingmengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. sayamemerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorangberjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa benderabertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuatpilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik sayamengikuti mereka.Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitamsemakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang sayameronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadiberada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awakmengigau.... "Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkansaya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan olehUstaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, sayalihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semuladengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumahustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulanRaihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula MaahadTahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun.Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masukkawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nakberdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan.Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu.Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajardi PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Sayakatakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.sayasayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia danakhirat.Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-bukuYang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahunsaya hantar surat dan buku-buku. Saya menangis kerana rindukanayah,emak dan adik beradik.
Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz,bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganutAgama Islam.Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis danmenangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjaditerlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...sayabayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kamimenangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai olehayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari iniberpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnahRasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.Kita ambil contah pelaksanaan hokum Hudud dan Qisas. Mengapa kitacari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita carijalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isuHudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islam pun barusetahun jagung....."Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwahSaya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam.Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapabenarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puakKristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.Marilah kita awasi dakyah Kristian.
Satu usaha yang agak ketara ialahDi IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura- pura nak belajarIslam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..ada yang pura-pura masukIslam....dan dimurtadkan.Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti PutraMalaysia Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja iniantara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalauada saudara kita terminum 'Holly Water'.Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderiTermasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalauterminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buatmandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.insyaAllah...
No comments:
Post a Comment